Sub Inspektor maut kemalangan - Utusan Malaysia

Sub Inspektor maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT 1 Nov. – Seorang anggota polis berpangkat Sub Inspektor maut dalam kemalangan membabitkan kenderaanya dengan sebuah lori di simpang Jalan Mutaffa, Parit Sulong, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, mangsa, Sa’yon Surat, 57, yang bertugas di Bahagian Pengurusan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kemalangan terbabit dipercayai berlaku selepas kereta yang dipandu anggota berkenaan telah bertembung dengan sebuah lori tiga tan yang memasuki laluan mangsa.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Azhan Abdul Halim berkata, pemandu lori berkenaan kini ditahan bagi membantu siasatan yang dilakukan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Allahyarham Sa’yon yang sebelum ini bertugas sebagai Ketua Polis Balai Parit Sulong selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Banang, di sini malam tadi. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini