JOHOR BAHRU – Seorang lelaki yang menikam dan mengelar leher isterinya di pasar raya Kip Mart di Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang pada malam Sabtu lalu akhirnya berjaya ditahan polis petang kelmarin.
Suspek berusia 24 tahun itu diberkas pada pukul 2.30 petang di dalam sebuah rumah Taman Bukit Tropika dekat Ulu Tiram.
Jarak antara lokasi kejadian dengan tempat suspek ditahan adalah kira-kira 18 kilometer.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Norazam Shaari berkata, suspek kemudian dibawa ke mahkamah dan kini ditahan reman selama enam hari bermula semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.










