Suami kelar leher isteri ditahan polis - Utusan Malaysia

Suami kelar leher isteri ditahan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Suami kepada seorang wanita yang lehernya dikelar dalam kejadian di KiPmart, Masai semalam di sini akhirnya berjaya ditahan polis petang tadi.

Suspek berusia 24 tahun itu ditahan pada pukul 2.30 petang di dalam sebuah rumah Taman Bukit Tropika dekat Ulu Tiram.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Norazam Shaari berkata, siasatan awal mendapati suspek mengaku melakukan perbuatan terbabit.

“Siasatan polis masih lagi dibawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan tahanan reman akan dipohon bagi tujuan siasatan dan tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kosmo semalam melaporkan seorang juruwang berusia 21 tahun cedera parah apabila lehernya dikelar suaminya menggunakan pisau pemotong sayur.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu, mangsa cedera parah sebelum dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail di sini.

Kejadian terbabit juga tular di media sosial apabila sebuah akaun Facebook yang dikenali dengan nama Shasha Kamaruddin memuat naik satu video yang berdurasi 15 saat menunjukkan seorang wanita yang didakwa sepupunya dikelar di leher.

Pemilik akaun Facebook terbabit juga memohon pengguna laman sosial agar menularkan wajah dipercayai suspek dan suami kepada wanita terbabit. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN