Suami isteri mengaku tidak bersalah curi pakaian di kedai dobi - Utusan Malaysia

Suami isteri mengaku tidak bersalah curi pakaian di kedai dobi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR – Sepasang suami isteri masing-masing berusia 51 dan 19 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan mencuri pakaian di sebuah Kedai Dobi Washupp,  Simpang Empat pada 4 November lalu.

Kedua-dua tertuduh iaitu Muhammad Razaidi Ishak, 51, dan Nor Fardiana Zainal, 19, mengaku tidak bersalah dihadapan Hakim Johari Hassan dan memohon kes itu dibicarakan.

Johari menetapkan 7 Disember depan sebagai tarikh sebutan kes selain kedua-dua tertuduh masing-masing diikat jamin sebanyak RM3,000 seorang.

Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh pada 4 November lalu pada pukul 6.30 pagi di Kedai Dobi Washupp, Simpang Empat di sini telah mencuri pakaian milik Mahwee Duemalee yang merupakan seorang warga Thailand.

Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan baca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama.

Jika sabit kesalahan, kedua-dua tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun atau didenda atau kedua-duanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Muhammad Ruzaidi bekerja sendiri dan Nor Fardiana merupakan seorang suri rumah tidak diwakili peguam bela.

Sesi pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Farhan Aliff Ahmad. 

Difahamkan, kedua-dua pasangan suami isteri itu mencuri pakaian yang berharga RM400. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN