Suami isteri curi pakaian di kedai dobi direman empat hari - Utusan Malaysia

Suami isteri curi pakaian di kedai dobi direman empat hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR – Mahkamah Sesyen Kangar hari ini mengeluarkan perintah reman  empat hari terhadap pasangan suami isteri yang didakwa mencuri pakaian di Kedai Dobi Washupp di pekan Simpang Empat di Arau, dekat sini pada 4 November lepas. 

Menurut Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew, perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen, Monica Joseph Gaisah ke atas pasangan terbabit yang masing-masing berumur 52 tahun (suami) dan 19 tahun untuk membantu siasatan.

Katanya penahanan pasangan itu susulan aduan seorang pengusaha kedai makan yang merupakan warga Thailand, Mahwee Duemalee setelah mendapati pakaian beliau yang dikeringkan di mesin basuh  kedai tersebut hilang semasa hendak mengambilnya pada  3 petang, 4 November lepas.

“Setelah meneliti rakaman litar kamera tertutup (CCTV) kedai dobi tersebut, polis melancarkan ‘Ops Pintu’ dan memberkas pasangan terbabit di rumah mereka di Jalan Sungai Baru, Simpang Empat,kira-kira 4.40 petang semalam,” kata Wari kepada media di sini, hari ini.

Katanya polis menemui pakaian milik Mahwee yang didakwa dicuri bernilai kira-kira RM400 iaitu beberapa helai seluar lelaki dan seluar Jeans, baju T serta pakaian wanita di rumah pasangan terbabit. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN