Sturridge didakwa terlibat dalam pertaruhan bola sepak - Utusan Malaysia

Sturridge didakwa terlibat dalam pertaruhan bola sepak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Penyerang Liverpool Daniel Sturridge telah didakwa oleh Persatuan Bolasepak England (FA) atas dakwaan salah laku setelah melanggar peraturan ketika membuat pertaruhan dalam perlawanan bola sepak pada Januari tahun ini.

Dia didakwa melanggar satu peraturan pertaruhan bola sepak  yang membabitkan pemberian maklumat berkaitan bola sepak di mana maklumat tersebut diperolehi menerusi  kedudukannya sebagai seorang pemain dan tidak didedahkan kepada umum.

Menurut jurucakap Liverpool awal pagi tadi, penyerang itu telah memberikan kerjasama yang baik kepada FA, namun menafikan dia terlibat dengan sebarang bentuk pertaruhan dalam bola sepak.

“Sturridge telah memberikan kerjasama sepenuhnya dalam keseluruhan proses siasatan ini dan kami akan member sebarang kenyataan hanya setelah siasatan ini selesai sepenuhnya.

FA  diberikan tempoh sehingga 20 November ini bagi memfailkan dakwaan terhadap pemain tersebut.

Sturridge yang menyertai The Reds dari Chelsea pada 2013, menghabiskan separuh musim lalu di West Brom menerusi pinjaman pada 29 Januari.

Dia membuat 26 penampilan bersama England dengan kali terakhir menentang Lithuania pada Oktober 2017. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN