Keputusan Damon Wong Seng Kong, 28, untuk berhenti kerja di Singapura dua tahun lalu begitu sukar untuk dilakukannya. Manakan tidak, bekerja sebagai jurutera plastik di Seberang Tambak itu menawarkan gaji yang lumayan. Begitupun, sebagai seorang anak dia tidak sampai hati melihat bapanya membanting tulang mengusahakan ladang strawberi seluas satu hektar di Brinchang, Cameron Highlands, Pahang. Akhirnya, keputusan untuk membantu bapanya itu berbaloi apabila dia dipercayai berjaya menghasilkan variati baharu strawberi.…










