KUALA LUMPUR 6 Nov. – Sebuah stor penyimpanan kasut berjenama Timberland di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya,l dekat sini musnah dalam kebakaran, petang tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 5.24 petang.
“Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya telah dikerah ke lokasi kejadian di tingkat bawah bangunan pusat beli-belah tersebut.
“Api berjaya dipadamkan kira-kira pukul 5.53 petang dengan bantuan sistem pemadam api bangunan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Tambahnya, tiada mangsa yang terlibat dan punca kejadian sedang disiasat. – UTUSAN ONLINE










