PETALING JAYA 14 Nov.- Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Kwasa Damansara, Kampung Selamat dan Sungai Buloh akan ditutup pada Sabtu dan Ahad ini bagi kerja-kerja penyenggaraan landasan. Ketua Pegawai Operasi MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) Rapid Rail Sdn Bhd, Azmi Mohd Zain berkata penutupan itu adalah bagi kerja-kerja pemindahan sebahagian daripada MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) menjadi sebahagian Laluan SSP. “Ia akan bermula di bahagian landasan antara Stesen MRT Kwasa…










