Sterling tidak takut lagi - Utusan Malaysia

Sterling tidak takut lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER 5 Nov. – Pep Guardiola memberi amaran bahawa banyak lagi yang mampu ditawarkan Raheem Sterling selepas pemain sayap itu meledak dua gol ketika Manchester City membelasah Southampton 6-1 dalam aksi Liga Persana Inggeris, malam tadi.

Dua jaringan Sterling melengkapkan jaringannya yang ke-50 bersama City, malah dia turut mencipta dua gerakan gol untuk membantu The Citizens kembali ke puncak liga.

Ketika ditanya apakah faktor yang merubah Sterling menjadi pemain yang sangat hebat, pengendali City, Guardiola membalas: “Cara dia berfikir.

“Pada musim pertama dia masih takut-takut, dia tidak pasti ketika hendak melakukan hantaran.

“Saya dapat merasakan, dia kini menikmati permainannya dan seronok menjaringkan gol serta mencipta gerakan. Dia merubah dirinya menjadi juara”.

Selain dua gol yang dihasilkan Sterling pada minit ke-45 dan 67, empat lagi jaringan City disempurnakan oleh Sergio Aguero, David Silva, Leroy Sane serta gol sendiri pertahanan Southampton, Wesley Hoedt.

City kini mendahului liga dengan 29 mata, dua mata mengatasi pencabar rapat, Chelsea dan Liverpool. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN