Sterling setuju kekal dengan City - Utusan Malaysia

Sterling setuju kekal dengan City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 2 Nov. – Pemain sayap Manchester City, Raheem Sterling memberi persetujuan se­ca­ra lisan mengenai kontrak baharu selama lima tahun bersa­ma Juara Liga Perdana Inggeris itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sterling berjaya menjadi antara pemain England yang paling meyerlah sejak men-yertai City dari Liverpool pada 2015 dan perjanjian baharu ini menyaksikan dia menerima kenaikan gaji hampir sekali ganda.

Pemain berusia 23 tahun yang memiliki kontrak sehingga 2020 dilaporkan bakal menerima gaji baharu sekitar 300,000 pound (RM1.6 juta) seminggu sejurus selepas dia menandatangani kontrak baharu, sekali gus menjadikannya pemain Inggeris yang menerima gaji tertinggi.

Sterling memainkan peranan penting dalam membantu City merangkul kejuaraan musim lalu dan musim ini dia berjaya meledak empat gol dalam lapan penampilan.

Masa depan pemain itu menjadi perbualan hangat sejak permulaan musim.

Pengendali City, Pep Guar-diola yang berjaya meningkatkan prestasi Sterling sepanjang berada di Stadium Etihad berkata, City sememangnya berhasrat untuk mengekalkan pemain itu.

Guardiola kemudiannya me­nyerahkan perkara itu kepada wakil Sterling dan pengarah bola sepak City, Txiki Begiristain untuk membincangkan perkara itu.– AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN