StatsDigital platform data dari naskhah lama - Utusan Malaysia

StatsDigital platform data dari naskhah lama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Nov. – Sebanyak 100 naskhah penerbitan Jabatan Perangkaan Malaysia telah ditukar ke dalam bentuk digital dalam portal StatsDigital yang dibangunkan jabatan tersebut.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, pendigitalan itu turut melibatkan naskhah yang diterbitkan seawal 1981 dan jumlah tersebut akan bertambah dari semasa ke semasa.

“Objektif utama projek ini adalah untuk mendigitalkan penerbitan dan data lampau bagi memastikan statistik berkenaan boleh dicapai dan mudah diakses pengguna.

“Hasil daripada produk dan perkhidmatan statistik, kerajaan telah menggunakannya sebagai input dalam pembentukan, pelaksanaan, penilaian dan semakan semula dasar awam negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan majlis Datathon dan pelancaran StatsDigital di Universiti Kuala Lumpur Business School (UniKL), di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN