KUALA LUMPUR 2 Nov. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai hadir ke kediaman peribadi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Langgak Duta di sini, hari ini.
Sebanyak lima kenderaan kelihatan memasuki kediaman tersebut kira-kira pukul 11 pagi tadi.

Turut dilihat kira-kira 10 pegawai dari suruhanjaya tersebut memasuki kediaman Ahli Parlimen Pekan terbabit. – UTUSAN ONLINE










