SPRM tahan Ketua Unit PKR pusat - Utusan Malaysia

SPRM tahan Ketua Unit PKR pusat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Nov. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam menahan Ketua Unit Pendaftaran Keanggotaan PKR Pusat kerana disyaki menerima rasuah berhubung pendaftaran ‘pengundi hantu’ PKR Cabang Julau, Sarawak, Julai lalu.

Menurut sumber, lelaki berusia 31 tahun itu ditahan kira-kira pukul 7 malam di Ibu pejabat PKR di Petaling Jaya dekat sini.

Ujarnya, suspek disyaki me­nerima wang rasuah sebagai balasan menambah keanggotaan PKR Cabang Julau, Sarawak dengan mendaftarkan keahlian baharu tanpa pengetahuan anggota yang didaftarkan.

“Siasatan dilakukan selepas pihak SPRM menerima aduan bahawa berlaku keraguan selepas anggota PKR pada 27 Jun lalu meningkat secara mendadak kepada 12,000 ahli sedangkan jumlah sehari sebelum pendaftaran (26 Jun) adalah kurang daripada 1,000 orang.

“Daripada maklumat yang diperoleh, aktiviti itu disyaki dilakukan oleh satu daripada kumpulan yang bertanding dalam pemilihan PKR,” katanya di sini hari ini.

Tambah sumber, suspek kini direman sehari bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Timbalan Ke­tua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

Tambahnya, siasatan dilakukan di bawah Seksyen 16 (a) (A) ASPRM 2009.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN