KUALA LUMPUR 3 Nov.- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam menahan Ketua Unit Pendaftaran Keanggotaan PKR selepas disyaki terlibat dalam rasuah berhubung pendaftaran anggota baharu parti berkenaan bagi PKR Cabang Julau, Sarawak, Julai lalu. Menurut sumber, lelaki berusia 31 tahun itu ditahan kira-kira pukul 7 malam di Ibu pejabat PKR di Petaling Jaya dekat sini. “Suspek disyaki telah menerima wang rasuah sebagai balasan menambah keanggotaan PKR Cabang Julau, Sarawak dengan…










