SPRM sambut baik kenaikan peruntukan dan tambahan pegawai - Utusan Malaysia

SPRM sambut baik kenaikan peruntukan dan tambahan pegawai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Nov. – Peruntukan sebanyak RM286.8 juta  serta penambahan 100 pegawai pada tahun depan oleh Kerajaan Persekutuan disambut baik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 

SPRM dalam satu kenyataan berkata, perkara itu membuktikan kepercayaan kerajaan terhadap kebebasan suruhanjaya tersebut dalam usaha untuk menangani jenayah rasuah serta pengubahan wang haram dalam sektor awam dan swasta.

“Peruntukan ini merupakan amanah yang harus dipikul dan akan diteruskan demi kepentingan rakyat Malaysia.

“SPRM juga akan terus melaksanakan tanggungjawab dalam menguatkuasakan undang-undang mengikut perlembagaan demi memastikan negara ini bebas daripada rasuah,” katanya.

Terdahulu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan 2019 berkata kerajaan akan memperuntukkan RM286.8 juta untuk perbelanjaan mengurus SPRM, iaitu peningkatan 18.5 peratus daripada RM242.1 juta yang diperuntukkan tahun lepas.

“Jumlah kakitangan akan ditambah seramai 100 orang pada tahun depan bagi memastikan SPRM mempunyai sumber tenaga kerja yang mencukupi untuk menangani rasuah dan pengubahan wang haram dalam sektor awam dan swasta serta mendapatkan balik harta tersebut,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN