KUALA LUMPUR 1 Nov. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan lelaki warga Britain, Paul Geoffrey Stadlen,39, disyaki terlibat dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Memuatkan artikel berkaitan…
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull berkata, Stadlen dipercayai mempunyai kaitan dengan kes tersebut.

“Maklumat lanjut berkenaan Stadlen tidak boleh didedahkan tetapi buat masa ini kami sedang bekerjasama dengan Jabatan Imigresen untuk menangkapnya,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Konvokesyen Pegawai Integriti Bertauliah Kali ke-7 di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE.











