SPRM hadir di kediaman Najib - Utusan Malaysia

SPRM hadir di kediaman Najib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hadir ke kediaman peribadi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Langgak Duta di sini hari ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, pegawainya hadir bagi mendapatkan maklumat bagi membantu siasatan.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan siasatan berkenaan.

“Tiada serbuan di buat di kediaman beliau (Najib), pegawai SPRM hadir bagi mendapatkan maklumat dan saya tidak boleh dedahkan siasatan tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Terdahulu, sebanyak lima kenderaan kelihatan memasuki kediaman tersebut kira-kira pukul 11 pagi.

Turut dilihat kira-kira 10 pegawai dari suruhanjaya tersebut memasuki kediaman Ahli Parlimen Pekan terbabit. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN