Solari jurulatih baharu Real hingga 2021 - Utusan Malaysia

Solari jurulatih baharu Real hingga 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID 14 Nov. – Santiago Solari dilantik sebagai jurulatih Real Madrid sehingga 2021 selepas kecemerlangannya membawa pasukan itu ketika memikul tugas sebagai pengurus sementara juara Eropah berkenaan.

“Barisan lembaga pengarah Real Madrid telah bermesyuarat hari ini dan memutuskan bahawa Santiago Solari dilantik sebagai jurulatih sehingga 30 Jun 2021,” kata kenyataan daripada Real Madrid, hari ini.

Solari dilantik memikul tugas berkenaan selepas Real Madrid memecat Julen Lopetegui yang gagal membawa kecemerlangan buat kelab itu.

Antara kecemerlangan yang diraih Solari hingga diberikan kepercayaan untuk menggalas tugas sebagai jurulatih ialah mencipta kemenangan dalam kempen Copa del Rey menewaskan Melilla, menang 5-0 ke atas Viktoria Plzen dalam aksi Liga Juara-Juara selain berupaya menewaskan Real Valladolid serta Celta Vigo sewaktu saingan La Liga. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN