Solari gembira Real rawat luka - Utusan Malaysia

Solari gembira Real rawat luka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROME 28 Nov. – Jurulatih Real Madrid, Santiago Solari melahirkan rasa gembira selepas pasukannya mempamerkan kebangkitan daripada kekecewaan pada hujung minggu lalu dalam saingan La Liga, apabila menumbangkan AS Roma 2-0 sekali gus dinobatkan selaku pemenang Kumpulan G Liga Juara-Juara hari ini.

Pengendali berusia 42 tahun itu yang buat pertama kali turun selaku pengurus tetap juara Eropah tersebut berjaya merawat luka kekalahan 0-3 kepada Eibar Sabtu lalu, keputusan yang meletakkan mereka di kedudukan keenam carta La Liga dan ketinggalan enam mata di belakang pendahulu Sevilla.

Gol di babak kedua hasil jaringan Gareth Bale dan Lucas Vazquez membolehkan Real berada di tangga teratas kumpulan, selain menamatkan perjalanan lapan perlawanan tanpa kalah Roma di laman sendiri dalam pertandingan tersebut.

“Sangat penting untuk kami mencatat kemenangan dan nampaknya kami berjaya di sini. Kami mempamerkan rasa tanggungjawab yang tinggi sebagai individu dan juga kumpulan.

“Perlawanan berlangsung selama 90 minit, kami tahu bagaimana untuk berkembang dalam permainan sebegini,” kata Solarti dalam sidang akhbar selepas tamat perlawanan.- REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN