KUALA LUMPUR – Penggunaan Sistem Indeks Kualiti Nilam (IQNILAM) akan ditangguhkan bagi tahun 2018 untuk membolehkan ia disemak dan ditambah baik secara menyeluruh. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya ada menerima saranan dan permintaan pelbagai pihak termasuk daripada Kesatuan Perkhidmatan Perguruan kebangsaan (NUTP) Semenanjung supaya pengisian sistem itu dihapuskan bagi meringankan beban guru. Satu garis panduan baharu berkaitan perlaksanaan IQNILAM akan dikeluarkan dalam waktu terdekat yang…










