PUTRAJAYA 9 Nov. – Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) muncul institusi pengajian tinggi pertama menggunakan Sistem Pengeluaran dan Pengesahan Universiti atau e-scroll yang menggunakan teknologi Blockchain sempena istiadat konvokesyen universiti tersebut, esok. SITI HAMISAH Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datin Dr. Siti Hamisah Tapsir berkata, sistem tersebut yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan dengan kerjasama pihak konsortium universi bertujuan mengatasi masalah ijazah palsu. Beliau berkata, langkah tersebut juga dibuat bagi memelihara dan…










