Di penghujung tirai senja
kelam menyelimuti suasana
lautan tenang menyedapkan rasa
indahnya ciptaan Maha Pencipta
Dia yang meminjamkan dunia kepada kita
hanya sementara.
Berlabuhnya senja
sirna cahaya gelap gelita
padam semuanya
debaran kencang di dada
rasa cuak melanda
ingin segera bertemu cahaya
agar bersinar semula.
Sirnanya cahaya
penglihatan hilang seakan buta
ketika celiknya mata.
ZAIBIEE
Perairan Sarawak










