SINGAPURA – Orang ramai terutama penunggang motosikal akan dikecualikan daripada tol S$0.40 sen (RM1.21) di tempat pemeriksaan Tuas sejajar dengan keputusan Malaysia untuk memansuhkan tol di Linkedua pada tahun hadapan.
Memetik seorang jurucakap Kementerian Pengangkutan (MOT), The Straits Times dilaporkan berkata, bahawa kementerian berkenaan sedia maklum dengan langkah Malaysia untuk menamatkan tol motosikal di Linkedua itu mulai 1 Januari.
“Sekiranya Malaysia mengurang atau membatalkan bayaran tol motosikal di Linkedua itu, Singapura akan menyesuaikan kadar tol yang dikaji semula oleh Malaysia,” demikian jurucakap itu dipetik sebagai berkata.
Menurut MOT dasar sekian lama Singapura adalah menyesuaikan kadar tol dengan Malaysia.
“Ini mencerminkan ciri perkongsian Linkedua,” kata jurucakap kementerian berkenaan. – Bernama











