KLANG – Polis berjaya menumpaskan satu sindiket pemprosesan arak tiruan dengan merampas 1,704 tin dan botol pelbagai minuman keras dalam serbuan di sebuah rumah teres di Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang di sini malam tadi. Serbuan pukul 8.30 malam itu turut menahan seorang lelaki warga Myanmar berusia 37 tahun. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kejayaan tersebut adalah hasil risikan pihaknya terhadap kegiatan penjualan arak haram kepada pekerja-pekerja kilang warga Myanmar di sekitar daerah tersebut. Katanya, siasatan awal mendapati sindiket tersebut telah beroperasi sejak dua…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya