Simulasi keselamatan mampu lancarkan operasi pemindahan mangsa banjir - Utusan Malaysia

Simulasi keselamatan mampu lancarkan operasi pemindahan mangsa banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU –  Simulasi keselamatan yang dilaksanakan di mukim Jenagor dan Kuala Berang hari ini diyakini mampu melancarkan operasi membantu dan memindahkan mangsa banjir secara sistematik.  

Ketua Penolong Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Mohd. Zalizan Sulong berkata, simulasi yang dijalankan itu lebih tertumpu kepada usaha-usaha untuk memindahkan penduduk yang berada di sekitar tebing Sungai Terengganu.

“Kita jalankan program simulasi ini sejak tahun 2016 sebagai kesiapsiagaan untuk menghadapi bencana banjir akibat limpahan dari Empangan Kenyir.

“Selain diberi taklimat pemindahan, penduduk yang menyertai program simulasi tersebut turut didedahkan dengan siren amaran apabila paras air empangan melepasi tahap 150 meter dan siren paras bahaya ketika mencapai 153 meter,” katanya.   

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Keselamatan Empangan ‘Latih Amal Tindak Balas Kecemasan Penduduk Mukim Jenagor dan Kuala Berang’ di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu di sini hari ini.

Turut hadir, Pengurus Besar Stesen Jana Elektrik Sultan Mahmud, Kenyir, Mustapha Kamal Yaacob.

Jelas Mohd. Zalizan, seramai 523 penduduk daripada 10 buah kampung dibawa untuk menyertai program simulasi tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN