Silva sedia ganti posisi De Bruyne - Utusan Malaysia

Silva sedia ganti posisi De Bruyne

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER 3 Nov. – Kevin De Bruyne terus dihantui kecede­raan sehingga memaksa pemain Belgium itu berehat selama enam minggu akibat kecede­raan ligamen lutut kirinya ketika Manchester City melakar kemenangan 2-0 ke atas Fulham dalam saingan Piala Liga.

Sebelum ini, bintang City itu pernah mengalami kecederaan sama di lutut kanan pada Ogos lalu sehingga memaksa dia berehat selama dua bulan.

Musim ini menyaksikan De Bruyne hanya mampu membuat tiga penampilan bersama juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

Bagaimanapun, kecederaan yang dialami De Bruyne itu telah membuka peluang buat Bernardo Silva yang menampilkan permulaan luar biasa musim ini dan dia bakal mengisi kesebelasan utama menjelang aksi bertemu Sou­thampton di Etihad, esok.

Dalam masa sama, ia turut menjamin tempat pemain Portugal itu dalam kesebelasan utama dalam tujuh perlawanan berikutnya sekali gus meneruskan kecemerlangan sepanjang ketiadaan De Bruyne.

Menjelang aksi derby menentang musuh setempatnya, Manchester United minggu depan, jurulatih City, Pep Guardiola berkata, dia tidak akan tergesa-gesa menggunakan khidmat De Bruyne apabila pemain tersebut pulih nanti.

“Ini bukan tentang derby tetapi tiga mata seperti bertemu Southampton. Derby Manchester bukan aksi finala.

“Bila dia (De Bruyne) kembali, anda tidak boleh mengharapkan dia bermain seperti sebelum ini kerana dia memerlukan masa untuk menyesuaikan diri, mencari sentuhan, dan mencari rentak semula,” kata Guardiola. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN