MANCHESTER 3 Nov. – Kevin De Bruyne terus dihantui kecederaan sehingga memaksa pemain Belgium itu berehat selama enam minggu akibat kecederaan ligamen lutut kirinya ketika Manchester City melakar kemenangan 2-0 ke atas Fulham dalam saingan Piala Liga. Sebelum ini, bintang City itu pernah mengalami kecederaan sama di lutut kanan pada Ogos lalu sehingga memaksa dia berehat selama dua bulan. Musim ini menyaksikan De Bruyne hanya mampu membuat tiga penampilan bersama juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu. Bagaimanapun, kecederaan yang dialami De Bruyne itu telah membuka peluang buat Bernardo Silva…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya