PULAU PINANG 1 Nov. – Siasatan berhubung tragedi tanah runtuh di Bukit Kukus, Relau di sini, ditetapkan untuk disiapkan pada 30 November ini. Pengerusi jawatankuasa itu, Datuk Zakiyuddin Abdul Rahman berkata, tempoh sebulan itu dicadangkan selepas jawatankuasa berkenaan bermesyuarat kelmarin. Menurut beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri 1, jawatankuasa itu juga menetapkan 8 November ini sebagai tarikh permulaan untuk mendengar pembentangan serta menjalankan soal siasat terhadap pihak-pihak yang terlibat. Tambahnya, mereka termasuk Majlis Bandaraya Pulau Pinang, jurutera perunding, jurutera penyemak bebas (independent checking engineer), kontraktor serta pegawai keselamatan projek. …
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya