Siasat pengundian di Julau - Utusan Malaysia

Siasat pengundian di Julau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Presi­den Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menggesa Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) menyiasat dakwaan sistem e-undi di pusat pemilihan cabang Julau dekat Sarikei, Sarawak diserang ‘perisian intip’ atau spyware.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, JPP perlu mengenal pasti punca kegagalan sistem yang diakibatkan oleh pencerobohan perisian Prey Anti-Theft itu seterusnya menangani masalah tersebut secara logistik.

“Saya mahu JPP menyiasat apakah punca sebenar yang telah mengakibatkan kepinca­ngan dan kita akan selesaikan masalah tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Parti kita telah bertukar di mana sebelum ini kita tidak mempunyai ahli yang ramai.

“Sekarang sudah melebihi sehingga kita perlu menanganinya secara logistik,” katanya kepada pemberita semasa menghadiri majlis penutupan Hari Puteri Pe­ringkat Kebangsaan di Kompleks Darul Puteri di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung isu keputusan pemilihan PKR Cabang Julau yang digantung berkuat kuasa serta-merta setelah peranti e-undi tersebut me­ngalami kegagalan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×