Siapa CDM Sukan SEA Filipina 2019? - Utusan Malaysia

Siapa CDM Sukan SEA Filipina 2019?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Nov. – Siapa Ketua Kontinjen Negara (CDM) ke Sukan SEA Filipina 2019 hanya akan terjawab selepas Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mengadakan mesyuarat majlisnya dengan persatuan-persatuan sukan kebangsaan, Sabtu ini.

Presiden MOM, Datuk Ser Mohamad Norza Zakaria berkata, ada lima calon yang disenarai pendek tetapi individu yang terpilih perlu dicadangkan dan mendapat persetujuan Majlis MOM.

“Kami perlu percepatkan pelantikannya kerana mesyuarat pertama ketua-ketua kontinjen negara-negara anggota Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) akan berlangsung akhir bulan ini di Manila.

KUALA LUMPUR 17 Julai 2016 - Naib Presiden MOM, Datuk Seri Mohamad
 

“Berdasarkan geografi tiga kelompok bandar tuan rumah, Subic Bay, Clark dan Manila, memang kita perlukan timbalan ketua kontinjen tetapi kami akan lantik satu persatu dahulu,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Lembaga Eksekutif MOM hari ini.

Mengenai edisi ke-30 Sukan SEA, tuan rumah telah menyarankan 56 jenis sukan, namun secara peribadi Norza kurang senang dengan hasrat Filipina mengurangkan beberapa acara, termasuk hanya mempertandingkan tiga acara bagi sukan badminton.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN