Shaqiri yakin mampu bantu Liverpool tingkatkan jaringan gol musim ini - Utusan Malaysia

Shaqiri yakin mampu bantu Liverpool tingkatkan jaringan gol musim ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL – Pemain kebangsaan Switzerland itu telah berjaya menjaringkan dua gol dan mencipta dua bantuan gol dalam lapan penampilan buat Liverpool musim ini.

Walaupun berjaya memulakan musim ini dengan cemerlang, Xherdan Shaqiri optimis dia masih belum menampilkan prestasi sebenarnya.

“Sudah tentu masih banyak lagi gol yang akan datang,” katanya.

“Saya amat berpuas hati kerana mempunyai pemain-pemain yang berkaliber tinggi untuk membantu anda dalam menyerang kubu lawan.

“Tetapi anda juga perlu bersedia untuk berikan segalanya dalam sesi latihan. Saya berasa sangat baik dan berada di tahap yang tinggi.”

Shaqiri bukanlah seorang pemain yang asing lagi dalam kancah bola sepak eropah, muncul juara Liga Juara-Juara Eropah bersama Bayern Munich sebelum meneruskan kariernya bersama Inter Milan dan Stoke City.

Namun pemain yang berusia 27 tahun itu masih belum dapat mengekalkan tempatnya dalam kesebelasan utama Liverpool walaupun telah mempamerkan prestasi memberangsangkan.

“Saya pernah bermain bersama Franck Ribery dan juga Arjen Robben di Bayern Munich jadi saya tahu apa yang perlu saya buat untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama,” katanya.

“Ini bukanlah satu perkara baru bagi saya kerana setiap jurulatih mempunyai strategi yang berbeza dan misi saya adalah sama iaitu untuk berikan yang terbaik apabila saya diberi peluang.” – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN