KANGAR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kangar hari ini atas dakwaan mencabul remaja perempuan berusia 15 tahun pada 20 Oktober lalu. Tertuduh yang berusia 67 tahun dengan tenang mengangguk tanda faham apabila pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Johari Hassan. Berdasarkan kertas pertuduhan, Shahidan yang merupakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri didakwa melakukan amang seksual dengan menyentuh tangan hingga ke…










