Shahidan mengaku tak bersalah - Utusan Malaysia

Shahidan mengaku tak bersalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kangar semalam atas dakwaan mencabul seorang remaja perempuan berusia 15 tahun pada 20 Oktober lalu.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu hadir ke mahkamah pukul 8.20 pagi ditemani isterinya, Datin Seri Shamsiah Md. Yassin dan kira-kira 50 penyokong.

Shahidan, 67, dengan tenang mengangguk tanda faham apabila pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Johari Hassan sebelum beliau membuat pengakuan tidak bersalah.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Shahidan didakwa melakukan amang seksual dengan menyentuh tangan hingga ke bahu remaja pe­rempuan berusia 15 tahun di dalam kenderaan Toyota Harrier.

Kejadian tersebut didakwa berlaku di tepi jalan di Stadium Tuanku Syed Putra di sini pada pukul 11.30 malam, 20 Oktober lalu. Shahidan dikatakan bertemu mangsa selepas remaja itu selesai menjalani latihan muzik bersama kumpulannya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN