Shahidan hadir di Mahkamah Sesyen Kangar esok - Utusan Malaysia

Shahidan hadir di Mahkamah Sesyen Kangar esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim akan hadir di Mahkamah Sesyen Kangar esok bagi mendengar pertuduhan dakwaan mencabul seorang remaja perempuan berusia 15 tahun di Perlis pada 20 Oktober lalu.

Peguam bela Shahidan, Zuhair Ahmad Zakuan mengesahkan perkara itu dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu akan hadir di mahkamah.

“Shahidan ada di negara ini dan akan hadir untuk mendengar pertuduhan itu,” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.

Kosmo! Online pada Jumaat lalu melaporkan, Mahkamah Sesyen Kangar, Perlis mengeluarkan waran tangkap terhadap Shahidan selepas beliau gagal hadir untuk menghadapi pertuduhan berkaitan kes mencabul seorang pelajar sekolah di Perlis.

Perintah itu dikeluarkan oleh Hakim Johari Hassan selepas dimohon oleh Ketua Pendakwa Raya Perlis, Mohd. Nordin Ismail terhadap bekas Menteri Besar Perlis itu.

Peguam bela Shahidan, Syed Muhamad Anwar Syed Lokman Hakim bagaimanapun membantah pengeluaran waran tangkap tersebut kerana anak guamnya dan beliau sendiri tidak dimaklumkan mengenai pertuduhan itu lebih awal.

Kejadian itu didakwa berlaku pada 20 Oktober lalu di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar, Perlis kira-kira pukul 11.30 malam.

Namun, bapa mangsa telah menarik balik laporan keesokan harinya selain berkata kejadian itu hanya merupakan salah faham.

Shahidan yang berusia 67 tahun merupakan ikon politik terkenal di Perlis kerana pernah menjadi Menteri Besar negeri itu bermula 1995 hingga 2008. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN