Shahidan didakwa hari ini - Utusan Malaysia

Shahidan didakwa hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim akan hadir di Mahkamah Sesyen Kangar hari ini bagi mendengar pertuduhan dakwaan mencabul seorang remaja perempuan berusia 15 tahun di Perlis pada 20 Oktober lalu.

Peguam bela Shahidan, Zuhair Ahmad Zakuan mengesahkan perkara itu dan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berjanji akan hadir ke mahkamah pada hari ini.

“Shahidan ada di negara ini dan akan hadir untuk mendengar pertuduhan dihadapinya,” kata beliau ringkas ketika dihubungi semalam.

Kosmo! pada Jumaat lalu melaporkan, Mahkamah Sesyen Kangar, Perlis mengeluarkan waran tangkap ke atas Shahidan selepas beliau gagal hadir untuk menghadapi pertuduhan berkaitan kes mencabul seorang pelajar sekolah di Perlis.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN