Setiu mula dilanda banjir - Utusan Malaysia

Setiu mula dilanda banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIU – Hujan lebat berterusan sejak tengah malam tadi menyebabkan beberapa kawasan di daerah ini mula dilanda banjir sehingga 0.5 meter hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Mohamed Zulkhairul Mohamed Razilah berkata, beberapa rumah penduduk di Kampung Besut dekat sini mula dinaiki air bah.

“Jalan Kampung Besut- Seri Bayas dan Kampung Besut, Teluk Tok Nab dekat sini turut ditenggelami banjir sedalam kira-kira 0.3 hingga 0.5 meter.

“Begitupun setakat ini, tiada pemindahan penduduk diperlukan dan beberapa laluan di jalan-jalan berkenaan masih boleh dilalui kenderaan,” katanya kepada Kosmo! Online di sini hari ini. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN