Serangan bom bunuh diri, mati di Somalia - Utusan Malaysia

Serangan bom bunuh diri, mati di Somalia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOGADISHU – Sebanyak 39 orang terbunuh dalam kejadian serangan pengebom bunuh diri berganda dan lelaki bersenjata yang menyerbu sebuah hotel po­pular di sini, kata polis semalam.

Beberapa pengawal di Hotel Sahafi dan polis bahagian siasatan jenayah (CID) terpaksa melepaskan tembakan selepas dua serangan bom kereta bunuh diri merempuh kawasan hotel berke­naan kelmarin.

Sementara itu, sebutir bom meletup di dalam sebuah kenderaan tiga roda yang dikenali sebagai ‘tuk tuk’ berhampiran hotel itu tidak lama selepas letupan pertama.

“Kami mengesahkan 39 orang awam meninggal dunia, manakala 40 yang lain cedera dalam letupan kelmarin.

“Namun, angka kematian mung­kin meningkat memandangkan beberapa individu dilaporkan masih hilang,” kata seorang pegawai polis, Mo­ha­med Hussein.

Militan al-Shabaab yang mempunyai kaitan dengan al-Qaeda dikatakan bertanggungjawab ke atas serangan yang berlaku di Hotel Sahafi.

Bangunan hotel itu terletak berhampiran ibu pejabat CID. 
– Reuters

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN