KUALA LUMPUR – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengenal pasti seramai 79,786 pembayar cukai individu, syarikat, pertubuhan, koperasi dan lain-lain kategori yang memiliki harta dan kekayaan luar biasa namun gagal membayar cukai sehingga semalam.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Sabin Samitah berkata, mereka ini akan diberi surat tawaran pengakuan sukarela dan notis di bawah Seksyen 79 Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP1976) bagi meminta maklumat tambahan dan penjelasan.
Katanya, mereka dikehendaki memberi maklum balas kepada LHDN dalam tempoh 30 hari dari tarikh notis itu diserahkan.
“Kita ada program tersusun untuk memberi pemakluman kepada pembayar cukai iaitu mereka yang tidak menghantar borang, mempunyai maklumat pendapatan tapi mereka tidak laporkan dan mereka yang mempunyai akaun di luar negara.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.











