KUALA LUMPUR 1 Nov. – Sepasang kekasih dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang dekat sini sebentar tadi atas pertuduhan memiliki senjata api tiruan iaitu empat pucuk pistol, selaras senapang jenis Raifal M4 dan lapan bungkus peluru jenis Airsoft Ball Bearing yang dibungkus melalui kiriman pos di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), empat hari lalu. Mohd. Akbar Telani, 30, dijatuhi hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara enam bulan selepas mengaku bersalah…










