SEWAKTU klip video Sampai Bila ditayangkan buat pertama kali di hadapan penonton, dada Misha Omar tiba-tiba didatangi perasaan sebak. Dua bola matanya mula berkaca kemerah-merahan. Seiring dengan tayangan klip video berkenaan, air mata yang cuba dibendung Misha tumpah jua. Sungguhpun pernah menghasilkan berpuluh klip video sebelum ini, namun nilai sentimental yang ada pada lagu Sampai Bila cukup luar biasa. “Ada banyak cerita yang terselindung di sebalik lagu ini. Sebab itu,…










