WASHINGTON 14 Nov. – Ahli politik Amerika Syarikat (AS) dalam Dewan Senat dijangka mengundi dalam tempoh beberapa minggu akan datang untuk menghukum Arab Saudi yang didakwa bertanggungjawab terhadap perang di Yemen dan pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi. Pengerusi Jawatankuasa Hubungan Luar Senat yang merupakan ahli Parti Republikan, Senator Bob Corker berkata, Dewan Senat bakal mengundi sebelum penghujung tahun ini atas satu resolusi yang menyekat semua bantuan serta akses kepada Arab Saudi…