KUALA LUMPUR 1 Nov. – Satu seksyen baharu akan diwujudkan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mewajibkan pengisytiharan harta Ahli Parlimen. Menerusi seksyen terbaharu itu juga, kegagalan mengisytihar harta akan dianggap sebagai tindakan melanggar undang-undang. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull berkata, seksyen tersebut sedang dirangka dan akan dibentangkan menerusi sesi parlimen seterusnya pada April depan. “Setakat ini sudah ramai Ahli Parlimen yang mengisytiharkan harta…










