SHAH ALAM – Enam kelas di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Sentosa, Rawang ditutup bermula kelmarin selepas 14 murid berumur 10 hingga 12 tahun dijangkiti wabak beguk.
Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr. Khalid Ibrahim berkata, penutupan selama 14 hari itu dibuat bagi melakukan kerja-kerja pembersihan dan disinfeksi yang merupakan salah satu langkah memutuskan rangkaian jangkitan beguk.
“Pihak kami menerima laporan mengenai kejadian wabak beguk dalam kalangan pelajar sekolah berkenaan semalam (kelmarin) dan tindakan kawalan serta pencegahan telah dijalankan termasuk saringan dan pengasingan murid serta pendidikan kesihatan.
“Kejadian tersebut melibatkan 14 pelajar berusia antara 10 hingga 12 tahun dan mereka semua berada dalam keadaan stabil serta telah menerima rawatan sebagai pesakit luar,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.










