LONDON 22 Nov. – Sekolah dalam hutan terpencil di Brazil dinobatkan sebagai bangunan baharu terbaik di dunia, dengan kanopi pokok balak tinggi dijadikan bilik darjah dan asrama untuk anak pribumi miskin. Kompleks ‘Perkampungan Kanak-Kanak’ yang terletak di pedalaman wilayah Tocantins itu akan menempatkan 540 kanak-kanak di asrama baharu, di sebuah kawasan di mana kebanyakan kanak-kanak perlu pergi dan pulang dari sekolah meredah hutan hujan tebal dengan berjalan kaki atau menaiki bot. “Bangunan ini meningkatkan kualiti kehidupan kanak-kanak,” menurut Gustavo Utrabo, seorang arkitek di Aleph Zero kepada Thomson Reuters Foundation menerusi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya