Hingga ke hari ini
Israel masih lagi
mengganas di bumi
Palestin yang suci
dan penuh bersejarah
Saban waktu
regim Zionis bersekongkol
dengan penduduk haram Yahudi
inilah dasar orang gasar
membuat haru
dan membunuh tanpa ragu
kanak-kanak, wanita serta orang tua selalu
jadi mangsa Zionisme yang berkiblatkan
kuasa dan nafsu
Ya Rab!
sesungguhnya
aku adalah insan
yang lemah
hanya mampu
mengirimkan segugus doa
sebagai senjata
buat warga yang dizalimi
buat bangsa yang diperangi
Duhai Ilahi
Moga suatu hari nanti
Engkau anugerahkan rakyat Palestin
dengan kemenangan nan hakiki.
NAZRI MOHD ZAIN
Kuala Terengganu










