Segerakan pembinaan tebatan banjir - Utusan Malaysia

Segerakan pembinaan tebatan banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG 1 Nov. – Pembinaan projek tebatan banjir di tebing Sungai Golok di sebelah negara ini perlu disegerakan bagi me­ngurangkan risiko kerugian yang terpaksa ditanggung oleh penduduk pekan ini sekiranya bencana alam itu berlaku.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Rantau Panjang, Syed Mohamad Syed Drus berkata, kawasan ini dilihat berisiko dilanda banjir lebih besar apabila kerajaan Thailand giat membina tebatan di sepanjang Sungai Golok.

Menurutnya, melihat kepada situasi itu, pekan ini dilihat bakal berdepan impak yang cukup besar sekiranya hujan turun lebih lebat pada musim tengkujuh kali ini.

“Saya lihat projek ini perlu disegerakan kerana keperluan mendesak bagi mengelakkan penduduk terus berdepan risiko banjir.

“Saya akan bawa masalah ini ke pengetahuan pucuk pimpinan negeri untuk tindakan selanjutnya,” katanya selepas me­lakukan tinjauan di Sungai Golok untuk melihat projek pembinaan tebatan banjir oleh Kerajaan Thailand di sini, semalam.

Semalam Utusan Malaysia melaporkan penduduk di sini berdepan kegusaran apabila projek tebatan banjir Kerajaan Thailand yang sudah siap ketika ini akan memberikan kesan buruk kepada mereka nanti.

Syed Mohamad memberitahu, pihaknya difahamkan kerja-kerja pembinaan tebatan banjir di negara ini sudah bermula di sebelah Pengkalan Kubor.

Katanya, alangkah baiknya jika projek tersebut dapat dimulakan secara serentak demi ke­langsungan penduduk Rantau Panjang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini