Sedekad yang mendewasakan - Utusan Malaysia

Sedekad yang mendewasakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERJALANAN insan seni yang tidak perlu lagi diperkenalkan, Afgan bermula kira-kira 10 tahun yang lalu, tepatnya Januari 2008. Ketika itu, penyanyi berusia 29 tahun ini bukanlah siapa-siapa.

Bahkan, ramai orang termasuk ibu bapanya sendiri tidak tahu tentang bakat luar biasa yang dimiliki anak kelahiran Jakarta ini. Sehinggalah kebolehan beliau dikesan pemilik sebuah pusat karaoke di ibu negara Indonesia itu. Sejak itu, segalanya berubah sekelip mata.

Merenung kembali 10 tahun yang dilalui, Afgan mengakui tempoh yang panjang itu cukup mendewasakannya.

KUALA LUMPUR, 2 OKTOBER 2018 - Penyanyi Indonesia, Afgan sewaktu
 

Katanya, dia berbangga dengan pencapaian yang digapai sepanjang tempoh itu. Pencapaian itu katanya, telah melahirkan Afgan hari ini sebagai penyanyi, penulis lirik dan pelakon hebat.

“10 tahun ini adalah cukup bermakna, lebih daripada lagu-lagu hit yang saya nyanyikan.

“Mungkin orang di luar sana hanya melihat pencapaian saya.

“Apa yang penting adalah proses dan kesukaran yang membuat saya lebih matang.

“Tanpa 10 tahun ini, saya tidak mungkin jadi seperti sekarang,” katanya kepada S2.

Perjalanan karier pelantun lagu Bukan Cinta Biasa ini bermula sukar.

Katanya, seperti penyanyi lain, dia juga berdepan diskriminasi dan ramai orang memandang rendah kepadanya.

“Setelah lima tahun, lebih banyak cabaran yang datang.

“Cabaran menguji diri. Rasa kurang keyakinan, ketakutan dan kebimbangan menguasai diri.

“Lebih berat apabila saya terpaksa membuat persembahan di saat diri tidak mahu berhadapan dengan orang.

“Tetapi persembahan perlu diteruskan. Lebih berat cabaran datang, lebih banyak ilmu saya pelajari. Itu cukup mematangkan diri,” jelasnya.

Bercakap soal jodoh, Afgan berkata dia tidak terburu-buru. Katanya, belum sampai waktu.

“Saya pernah berfikir untuk tamatkan zaman bujang pada usia 27 tahun. Tetapi sasaran itu tidak dicapai memandangkan saya kini sudah berusia 29 dan masih belum berkahwin.

“Kalau boleh, saya mahu akhiri (zaman bujang) secepat boleh. Itu sahaja yang boleh saya katakan buat masa ini,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN