Seberang Pintasan, Dungun mula dilanda banjir - Utusan Malaysia

Seberang Pintasan, Dungun mula dilanda banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN – Pusat pemindahan sementara pertama dibuka di Terengganu pada musim tengkujuh ini apabila Kampung Seberang Pintasan di sini mula dilanda banjir hari ini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Che Adam A. Rahman berkata, kawasan tersebut dilanda banjir berikutan hujan lebat lebat lebih 24 jam sejak semalam.

“Pusat pemindahan sementara pertama dibuka di Dewan Sivik Seberang Pintasan di sini bermula pukul 10 pagi tadi.

“Setakat ini, seramai 36 mangsa dari 11 keluarga telah berpindah masuk ke pusat pemindahan sementara tersebut,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini. 

Che Adam berkata,  mangsa banjir tersebut merangkumi lapan lelaki, wanita (18), kanak-kanak lelaki (empat) dan kanak-kanak perempuan (enam).

Menurut beliau, pada masa ini, hujan renyai masih turun di lokasi terbabit dan ia dijangka  berlarutan sehingga esok.

“Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan lebat melanda seluruh Terengganu sehingga esok,” katanya. – K! ONLINE

Pusat pemindahan sementara pertama dibuka di Dewan Sivik Seberang Pintasan pada pukul 10 pagi tadi.Pusat pemindahan sementara pertama dibuka di Dewan Sivik Seberang Pintasan pada pukul 10 pagi tadi.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN