Saya tidak mengetahui mengenai rombakan Kabinet - Rina - Utusan Malaysia

Saya tidak mengetahui mengenai rombakan Kabinet – Rina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Nov. – Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd. Harun menjelaskan tidak mengetahui mengenai desas-desus rombakan Kabinet melibatkan namanya seperti yang tular dalam media sosial kelmarin.

Menurut Rina, beliau tidak menerima sebarang maklumat mengenai perkara itu dan menganggapnya sebagai khabar angin semata-mata.

“Saya tidak dengar pula mengenai perkara itu (rombakan Kabinet). Adakah maklumat itu dikeluarkan secara rasmi?

“Apapun saya akan menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan selagi memegang portfolio ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Anugerah Syarikat dan Ketua Pegawai Eksekutif Terbaik Kementerian Pembangunan Luar Bandar 2017 di Hotel Premiera, di sini malam tadi.

Sementara itu, dalam majlis tersebut, Felcra Niaga Sdn. Bhd. dan Ketengah Perwira Sdn. Bhd masing-masing menerima Anugerah Syarikat Terbaik bagi kategori modal berbayar kurang RM5 juta dan kategori modal berbayar RM5 juta ke atas.

Felcra Processing and Engineering Sdn. Bhd. pula berjaya merangkul Anugerah Syarikat Harapan manakala Ketua Pegawai Eksekutif Asia Aerotechnic Sdn. Bhd., Mohd. Roslan Ismail menerima Anugerah Ketua Pegawai Eksekutif Terbaik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN